• 13266106_783926165042819_2016285486558104910_n
  • 6stars
  • DSC_0391
  • IMG_0351
  • bann2
  • bann3
  • bann4
  • bann_1
  • img103
  • mycc20161

Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Paya Besar

Kolej Komuniti Paya Besar telah beroperasi pada 01 April 2003 di kampus sementara iaitu di Sekolah Menengah Seri Damai  dan kini Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang telahpun bertapak di kampus tetap yang terletak di Gambang, Pahang pada 05 Oktober 2007.Kolej ini menawarkan Program peringjat sijil bagi kursus Pemasangan Elektrik, Sistem Komputer dan Sokongan, Teknologi Maklumat, Multimedia Kreatif (Pengiklanan) dan Asas Fotografi serta Program Latihan 1 Malaysia (kursus pendek) dengan pelbagai jenis kursus menarik. Mempunyai seramai 80 orang kakitangan yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik.

Dengan penubuhan Kolej Komuniti Paya Besar ini, maka bertambahlah institusi yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar lepasan menengah yang mempunyai minat dalam bidang yang berasaskan kemahiran. Selain daripada melatih pelajar-pelajar lepasan SPM, Kolej Komuniti juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini.

Kolej Komuniti Paya Besar ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 09 549 8811 / 09-5498813 
  • No Faks: 09-5495500
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Paya Besar, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Jalan Gambang-Maran, 26300 Gambang, Pahang Darul Makmur.